Rabu, 9 Julai 2014

MESIR TANPA MORSI DI SAAT ISRAEL MENGGANYANG GAZA

Tentera Zionis Israel mengumumkan secara rasmi melancarkan perang ke atas Gaza. Mesyuarat kabinet Israel yang dipengerusikan oleh PM Israel Benjamin Netanyahu Isnin lalu juga memutuskan untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza.
Kekuatan yang dimiliki oleh HAMAS melalui Briged El-Qassam mampu untuk menyerang balas serangan Zionis Israel ke atas Gaza. Tetapi, kelemahan mereka kali ini apabila negara jiran, Mesir yang dikuasai oleh kudeta Mesir yang jelas menjadi 'anak angkat' kepada Zionis telah memberi kekuatan kepada musuh Islam, Israel Yahudi itu.
Peperangan kali ini bakal mengulangi sejarah perang Israel ke atas Gaza tahun 2008 lalu tatkala Mesir masih dikuasai oleh rejim Mubarak. Saudara kita di Gaza menderita. Pintu sempadan Rafah ditutup. Bantuan kemanusiaan dihalang memasuki Gaza. Memadai hanya ini kerjasama yang Mesir hulurkan kepada Israel.
Di saat Mesir menghadapi Pilihanraya Presiden 2012, kita masih ingat bagaimana masjid-masjid di Gaza mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar calon Ikhwan Muslimin bernama Mohammad Morsi menang. Lalu permintaan mereka dimakbulkan.
Israel menyerang Gaza lagi selama 8 hari bermula 14 November 2012. Suasana ketika itu tidak menyebelahi Israel. Penguasaan Morsi dan Ikhwan Muslimin memang menjadikan perang itu 'neraka' buat tentera Yahudi. Morsi membuat pukulan maut apabila memutuskan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv yang dibina oleh Anwar Sadat selepas termetrai Perjanjian Camp David.
Selepas setahun Presiden Morsi disingkirkan, maka Israel memperolehi 'nafas baru' untuk menebus kembali maruah mereka yang tewas dalam perang 2012. Penghambaan tentera Mesir yang melutut kepada Yahudi dapat dilihat apabila As-Sisi mendakwa lebih 90 peratus terowong berjaya dimusnahkan sedang tindakan ini langsung tidak direstui oleh Morsi. Tentera Mesir ingkar arahan ketuanya. Selepas Morsi tumbang, operasi memusnahkan terowong ini semakin giat dan dilakukan secara terang-terang.
Umat Islam masih belum lupa gelaran yang dianugerahkan oleh Duta Israel di Kaherah kepada ketua kudeta, Abdul Fatah As-Sisi selepas rampasan kuasa iaitu "wira kepada rakyat Israel".
Hairan seribu kali hairan. Bagaimana masih terdapat orang Islam di Malaysia yang mengkagumi As-Sisi selepas Rasulullah SAW? Kata mereka. Sungguh buta mata hati mereka.
"Akhukum Abdul Malik"
Share on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright Dunia Islam 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all