Sabtu, 13 September 2014

Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Sheikh Yusof Al Qardawi menganggap Khilafah yang diisytiharkan oleh ISIS di Iraq dan Syria tiada makna dan tidak menepati syarat-syarat yang betul. Sheikh Al Qardawi berkata:
"Potensi mendirikan khilafah di zaman ini boleh berlaku sekiranya beberapa negara yang mengamalkan syariat Islam bersetuju untuk bergabung, sekiranya pihak pemerintahan dan rakyat negara itu setuju dan boleh menubuhkan Khilafah dalam bentuk persatuan konfidrali atau dalam bentuk persekutuan. 
Kerana terdapat banyak negara yang besar seperti China, penduduknya terlalu ramai (1 bilion setengah) sedangkan bilangan orang Islam menjangkaui hampir 1 bilion, iaitu 700 juta orang. Mereka boleh bersatu dalam membentuk satu kesatuan fedral, tetapi perkara itu memerlukan pemerintah yang adil dan saksama. Mengenai kumpulan-kumpulan yang melampau, 
Al Qardawi menjelaskan bahawa kumpulan-kumpulan itu biasanya akan muncul di kalangan orang Islam. Disebabkan keadaan yang huru-hara dan pemerintah yang zalim, maka anak muda Islam akan mengikut langkah segelintir orang pelampau. Kerana mereka telah menyangka yang mereka berperang di jalan Allah swt, maka mereka akan terjebak dalam kancah mengkafirkan orang Islam yang lain. Dan mereka akan membunuh antara Ahlu Azzemmah (orang Kristian yang hidup aman di kalangan orang Islam). Dan itu merupakan satu masalah yang besar yang telah muncul, kerana Islam tidak menerima Ghulu (melampau dan berlebih lebihan)".
Share on :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright Dunia Islam 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all